Samaada kita sebagai rakyat sedar atau tidak, Generasi muda sedang di wariskan satu keadaan di mana pembuat dasar Negara sedang menunjukan polimik politik yang membawa kearah kemunduran dan kehancuran dalam amalan demokrasi negara. Di pihak pro kerajaan dilihat seolah-olah ahli parlimen tidak berminat mendukung cita-cita kerajaan dan setelah perkara ini berlaku, wujud satu senario baru di mana proses mencari "kambing hitam" untuk di persalahkan. Di pihak pembangkang pula menunjukkan amalan yang tidak berhemah cuba di beri tempat dalam minda masyarakat di mana kaedah-kaedah menukar kerajaan secara tidak berhemah cuba di terjemahkan sebagai amalan dalam demokrasi dalam masyarakat Malaysia. Suara rakyat cuba di nafikan dengan kaedah-kaedah yang jijik dan menjengkilkan bagi generasi muda. Kegilaan untuk mendapatkan kuasa menghilangkan rasa tanggungjawab untuk membina negara tanpa memikirkan implikasi terhadap cadangan mengadakan "undi belah bahagi" yang menyebabkan negara melakukan pembaziran besar kerana perlu mengadakan pilihanraya semula akibat dari kegagalan meluluskan bajet.
Tahniah kepada Y.A.B DS Najib kerana merangka bajet yang berkualiti untuk kesejahteraan rakyat tetapi malangnya beliau dan timbalannya terpaksa berlari untuk meluluskan bajet tersebut. Perkara negatif ini terjadi hanya di sebabkan perkara asas yang gagal di fahami oleh seorang ahli parlimen. Ahli parlimen pada ketika penggal sidang berlangsung perlu hadir dengan komitmen dan disiplin untuk membawa suara rakyat yang telah di amanahkan kepada mereka. Saya amat bersetuju dengan kenyataan Y.A.B. DS Najib tiada alasan bagi ahli parlimen menyatakan ada program di kawasan kerana sebagai ahli parlimen sewaktu sidang sedang berlangsung pada setiap masa perlulah berada di parlimen.
Ahli parlimen pro kerajaan masih lagi tidak berubah sedangkan pucuk pimpinan telah pun memberikan amaran kepada mereka "berubah atau rebah" sindrom selesa ini masih tidak dapat di ubah sedangkan rakyat terutamanya generasi muda telah pun memberikan pengajaran kepada mereka dalam PRU12. Generasi muda sebenarnya mengharapkan perubahan kepada setiap ahli parlimen lebih bertanggungjawab terhadap tugas mereka kerana sebagai pewaris negara ini mereka berharapkan agar iklim politik negara menuju kearah peningkatan yang setanding negara maju dengan perbahasan yang bermutu dengan fakta yang jelas.Cadangan yang konkrit dengan pemikiran kreatif dan diluar kotak. Idea-idea pembaharuan bersesuaian dengan kehendak generasi baru perlulah di ketengahkan, Isu-isu perpaduan nasional, pembangunan dan pembahagian kek ekonomi yang seimbang perlu di tangani dengan tuntas yang menjadi agenda besar kerajaan perlulah di beri perhatian serius oleh semua ahli parlimen.
Ahli parlimen pembangkang pula sedang berusaha secara berterusan untuk mengambil alih kerajaan secara tidak profesional dan menafikan hak majoriti rakyat yang telah memberikan mandat kepada Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan. Bermula dengan usaha-usaha membeli ahli parlimen melompat parti sehinggalah peristiwa yang cuba di lakukan pada minggu ini. Ahli parlimen pembangkang tidak berusaha mengenengahkan idea-idea yang bernas untuk membina negara tetapi menumpukan usaha-usaha merampas kerajaan secara teknikal. Budaya yang di bentuk oleh ahli parlimen pembangkang ini amat berbahaya kepada sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen. Inilah budaya negatif yang cuba di bentuk oleh pembangkang yang boleh membawa negara menuju kehancuran dan menjadi tatapan generasi muda.