Sunday, January 10, 2010

SI KITOL MODEN

Selepas PRU12, Malaysia melalui pelbagai dugaan dan cabaran dalam mengekalkan keharmonian negara Malaysia. Persepsi dan isu yang cuba di bentuk menjurus kearah pengubahsuaian ataupun pembentukan perlembagaan baru Malaysia. Cabaran ini di bentuk oleh parti-parti pembangkang yang terdiri dari PKR,PAS dan DAP yang di pimpin oleh Anwar Ibrahim. Kerangka utama ini seolah-olah di lihat membawa kearah pembentukan budaya baru politik Malaysia yang akhirnya akan tertubuhlah sebuah negara Republik.

Isu utama yang di bawa selepas PRU12 adalah penghapusan DEB di mana mereka senada mengatakan bahawa DEB satu dasar yang tidak adil kerana hanya memberikan penumpuan dan pembelaan kepada masyarakat melayu dan bumiputra sahaja. Kalau kita lihat sejarah di mana DEB di bentuk setelah berlakunya peristiwa berdarah negara iaitu "peristiwa 13 Mei". Peristiwa ini terjadi kerana struktur yang di wariskan oleh penjajah yang bertujuan supaya Malaysia akan gagal untuk memastikan proses kemerdekaan negara berjalan dengan lancar kerana pada ketika itu komposisi masyarakat yang di bentuk orang Melayu di kampung. Orang India di Estet dan Orang cina di bandar. Kek ekonomi di pegang oleh orang cina melalui jalinan sebgai orang tengah yang menghubungkan di antara orang melayu dan syarikat besar inggeris maka orang melayu akan terus dengan pertanian tradisi sedangkan masyarakat cina membina keupayaan ekonomi yang di sediakan tapak oleh penjajah inggeris.
Kita sepatutnya berterima kasih kepada pemimpin-pemimpin terdahulu samaada peminpin Melayu melalui Umno, peminpin masyarakat cina melaui MCA dan pemimpin Masyarakat India melalui MIC yang menyedari struktur ekonomi yang salah akan membawa bencana dalam pembentukan negara Malaysia yang berbilang kaum atas semangat inilah DEB di tubuhkan untuk mengubah semula struktur ekonomi Masyarakat. Soalnya kenapa pada hari ini Anwar Ibrahim dan PR mahu mengubah struktur ini atas nama keadilan sedangkan DEB di tubuhkan untuk membawa keadilan di mana mereka yang lemah di bantu oleh mereka yang kuat?.

Isu yang ke 2 di bawa selepas PRU12 adalah isu ketuanan Melayu, bercakap soal ketuanan melayu bukanlah melibat di antara tuan dan hambanya tetapi ia berkisar tentang pengupayaan orang melayu sebagai bangsa yang mula mentadbir negara ini sejak sebelum zaman kesultanan Melayu Melaka dan orang melayu benar-benar berkorban dalam perkara ini kerana mengizinkan imigran cina dan india berkongsi negara bersama mereka walaupun perkara ini sebenarnya adalah masalah penjajah inggeris. Demi untuk mencapai kemerdekaan maka orang melayu sanggup memberikan kerakyatan kepada bukan melayu supaya Malaysia dapat di bina dari kekuatan ketiga-tiga kaum ini tapi malangnya Anwar Ibrahim dan PR tidak menghargai keharmonian ini dengan cuba memanaskan sentimen perkauaman di kalangan masyarakat. Apa motif sebenar perjuangan mereka kalau bukan untuk merampas kuasa dengan kaedah yang berbahaya di dalam masyarakat yang berbilang kaum seperti Malaysia. Di mana beliau mengetahui bahawa isu perpaduan masyarakat Malaysia boleh di lumpuhkan dengan mengenengahkan isu perkauaman di dalam masyarakat yang telah lama berjalan dengan baik. Kini sampai pula isu yang saya fikirkan kemuncak kepada proses meruntuhkan negara Malaysia oleh Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya.
Isu penggunaan nama Allah oleh penganut kristien boleh menyebabkan berlakunya pertelingkahan agama seperti mana terjadi di Ambon dan Maluku di Indonesia. Kita perlu sedar paderi Murpy Pakiam merupakkan sahabat baik Anwar Ibrahim dan peguam yang terlibat dalam isu ini juga merupakan ahli pkr dan menjadi penasihat undang-undang negeri Selangor. Soalnya kenapa isu ini di timbulkan oleh Anwar Ibrahim sedangkan beliaulah orangnya yang menentang penggunaan Nama Allah dalam Bible sewaktu menjadi menteri pertanian dahulu dan beliau jugalah yang bercakap tentang gerakan kristien di Malaysia tapi pada hari ini beliau menjadi penyokong no wahid penggunaan nama Allah oleh masyarakat kristien. Ini boleh di lihat bahawa Anwar sedang berusaha untuk membentuk persepsi masyarakat yang boleh menjerumuskan negara ke dalam keadaan huru-hara yang memungkinkan beliau memohon bantuan antarabangsa supaya campurtangan dalam urusan politik negara dan maka akan tercapailah hasrat beliau untuk menjadi perdana menteri dengan telunjuk antarabangsa.

Kesimpulannya setiap isu yang di bangkitkan kedalam masyarakat sebenarnya memang telah di rancang dan di susun sebegiturupa dengan harapan terutamanya generasi muda akan terpengaruh dengan perkara ini dan mengajar generasi muda kaedah-kaedah yang ganas dalam membentuk sebuah kerajaan. Kita sebagai generasi muda perlu ingat dan berhati-hati dengan permainan ini kerana ianya boleh menjurus kearah penjajahan semula bumi Malaysia angkara dari Anwar Ibrahim si kitol moden.