Friday, July 30, 2010

MELAYU MELAKA

Melayu dari segi istilahnya beragama islam.bertutur bahasa malayu dan mengamalkan budaya dan adat istiadat orang melayu. Sejarah melayu amat gemilang pada zaman kerajaan melayu melaka sehingga terdapat 62 bahasa yang di pertuturkan sewaktu kerajaan tersebut wujud sehinggakan penjajah berpendapat. pelabuhan melaka pada ketika itu seperti "venice di timur'. tetapi setelah Melaka di jajah berlakulah penghapusan etnik kepada masyarakat melayu dan yang masih hidup ketika itu di jadikan hamba. Bangunan milik orang melayu di hapuskan.orang kaya melaka yang mempunyai 14 bahara emas pun pupus. apatah lagi orang miskin di melaka ketika itu yang mempunyai 1 bahara emas.

Setelah di jajah sebegitu lama hingga pada hari ini Melaka dapat mencapai kemerdekaan dari penjajah inggeris yang merupakan penjajah terakhir menjajah negeri Melaka. Kemerdekaan yang baru berumur 53 tahun ini telah di takdirkan untuk di kongsi bersama imigran cina dan india yang di bawa ke negeri Melaka setelah peristiwa union jack yang di turunkan di padang banda hilir oleh tentera british yang di saksikan oleh allahyarham tun ghaffar baba.

Persoalannya apakah iktibar yang boleh kita ambil dari perkataan melayu seperti yang di nyatakan, dalam suasana dan persekitaran hari ini. Pertamanya melayu itu mesti beragamaa islam. Kalau di lihat pada hari ini adakah kita benar-benar menghayati islam sebagai satu cara hidup atau sekadar islam keturunan yang boleh menyebabkan kepupusan seperti mana yang berlaku pada hari ini terdapat orang melayu yang murtaq seperti kes lina joy dan orang melayu yang memperlekehkan ikon agama islam sendiri. Peristiwa terbaru apabila Mahfuz Omar sendiri mengatakan Dato Harunsani mufti Perak sebagai pembohong. Adakah ini dapat meningkatkan kefahaman dan imej islam kepada bukan melayu.

Bertutur bahasa melayu, warisan yang di tinggalkan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan amat jelas sehingga bahasa melayu di jadikan sebagai bahasa resmi negara tapi persoalannya kenapa masyarakat melayu sendiri tidak mengangkat martabat bahasa melayu kepada tingkatan yang sepatutnya seperti berapa banyak buku-buku ilmiah atau karya agong yang berpiawaian dunia yang dapat di lahirkan oleh pencinta bahasa di bumi melayu ini atau hanya sekadar menutup kelemahan dengan menyalahkan pihak lain memperlekehkan pengggunaan bahasa melayu.

Mengamalkan budaya dan adat istiadat melayu,Pada hari ini kita boleh saksikan sendiri bahawa budaya melayu juga semakin pupus terutamanya yang paling asas adalah pakaian. Kita lihat pakaian orang melayu hanya berada di pentas teater dan di filemkan. Mana pergi pakaian Orang kaya laksamana Hang Tuah? jawabannya ada di muzium Melaka sedangkan arab badui pun masih berpakaian yang sama semenjak zaman rasullullah lagi. Adakah pakaian melayu tidak menutup aurat seperti yang di kehendaki agama, sedangkan dengan pakaian inilah empayar kegemilangan Melaka di lahirkan.

Persoalan inilah sepatutnya timbul di benak orang Melayu Melaka bahawa mereka sebenarnya adalah dari keturunan yang hebat yang telah menguasai dunia lebih awal dari bangsa lain yang ada di bumi Melaka ini dan kepada bukan melayu cubalah memahami keadaan ini bahawasanya orang melayu sedang bergerak kearah ini dan apa-apa yang menjadi penghalang cita-cita ini akan di tentang seperti kata pepatah "membujur lalu melintang patah" Kekayaan, Perdagangan, Keilmuan dan Ketaatan kepada agama telah membawa Melayu keseluruh dunia. ADAKAH PERKARA INI MUSTAHIL UNTUK DI ULANG KEMBALI?

Friday, July 23, 2010

RETORIK ATAU REALITI PAS SEBAGAI ALTERNATIF MENGGANTIKAN UMNO SEBAGAI WADAH PERJUANGAN ORANG MELAYU

Negara Malaysia di bina berdasarkan Demokrasi berparlimen dan Raja berperlembagaan yang terbahagi kepada 3 perimbangan kuasa iaitu kuasa kehakiman, kuasa pentadbiran dan kuasa perundangan. Kuasa ini di berikan semula kepada rakyat dalam tempoh matang 5 tahun untuk di nilai semula setiap kerajaan yang di bentuk selepas pilihanraya.Proses pengundian di jalankan mengikut kawasan pilihanraya yang telah di gazetkan pada setiap kali pilihanraya di jalankan.

Sepanjang sejarah Malaysia, Kita telah melalui sebanyak 12 kali pilihanraya umum bagi membentuk sebuah kerajaan. Selepas PRU12 kerajaan yang di bentuk oleh Barisan Nasional merupakan sebuah kerajaan yang pertama kali tidak mempunyai majoriti 2/3 di dalam dewan rakyat. Walaupun kerajaan BN yang di bentuk tidak mempunyai majoriti 2/3 tetapi umno masih lagi mendominasikan kerajaan yang di bentuk oleh BN dan dalam dewan rakyat itu sendiri.

Kesan daripada pilihanraya ini orang melayu semakin berpecah menyebabkan kuasa orang melayu akan hilang sekiranya mereka gagal bersatu tetapi pada masa yang sama PAS mendakwa mereka menyediakan landasan untuk mengambil alih tugas UMNO sebagai wadah alternatif kepada perjuangan orang melayu.

Realitinya PAS tidak mampu untuk menjadi parti alternatif kepada perjuangan orang melayu kerana dalam sistem demokrasi jumlah bilangan kerusi yang di menangi akan membentuk kerajaan. Parlimen Malaysia mempunyai 222 kerusi untuk di tandingi oleh wakil parti dan menjadi wakil kepada rakyat untuk perdebatan isu dan pembelaaan terhadap rakyat. Jumlah ini di bahagikan mengikut komposisi kaum dan bumiputra mewakili 154 kerusi daripada keseluruhan yang di berikan dan pada masa yang sama UMNO di tawarkan sebanyak 117 kerusi oleh Barisan Nasional maka setiap kali pilihanraya umum UMNO menjadi dominasi dalam Barisan Nasional.

Malangnya PAS mengikut sejarah dari mula PAS di tubuhkan sehingga PRU12 tidak pernah bertanding lebih dari 60 kerusi dan selebihnya akan di berikan kepada parti dalam pakatan pembangkang yang lain. Hakikatnya sekiranya PAS memenangi semua kerusi yang di tanding sekalipun ia gagal untuk mendomonasi kuasa dalam pakatan pembangkang dan kerajaan yang di bentuk bukanlah kerajaan yang di dominasi oleh orang melayu/islam. Realitinya adakah Islam dan Melayu Mampu di bela kalau ia tidak mampu untuk berdiri sendiri secara bersendirian.

Kesimpulanya PAS tidak mampu untuk menjadi parti alternatif kepada orang melayu selama mana ia tidak mampu bertanding sebanyak mana kerusi yang di tandingi oleh UMNO dan sebagai rakyat kita perlu memikirkan secara objektif tentang perkara ini supaya kestabilan politik negara akan terus kekal dan negara dapat menuju kearah negara maju seperti di sasarkan dan yang paling utama, kuasa melayu akan terus kekal di bumi Malaysia kerana melayu mempunyai penduduk terbesar di negara ini yang memerlukan pembelaan kerana majoriti orang melayu masih di tahap berpendapatan sederhana dan miskin.

Thursday, July 22, 2010

BEKAS BANDUAN YANG SEMAKIN MELAMPAU

Minggu ini kita di hidangkan satu lagi kisah dari pengalaman seorang bekas banduan yang menjadi pentadbir sebuah negeri.Pertelingkahan secara terbuka diantara bekas banduan Lim guan eng dan pegawai kemajuan negeri(SDO) menunjukan betapa pengalaman di dalam penjara berjaya di laksanakan oleh beliau. Hilang peradaban sebagai seorang manusia yang sepatutnya menunjukan contoh kepada rakyat sebagai pentadbir tertinggi sebuah kerajaan negeri. Episod mencemuh pegawai kanan kerajaan yang berkedudukan tinggi dari segi hirakinya ini memperlihatkan kelemahan yang amat nyata kepada beliau dari tingkatan cabaran yang paling rendah sebagai manusia iaitu mengawal emosi. Malangnya sahabat beliau boleh membandingkan beliau dengan khalifah Umar abd Aziz. Semoga di bukakan pintu hati mereka menilai manusia bekas banduan yang masih semakin menunjukan kerakusannya mentadbir negeri Pulau Pinang.

Semoga penjawat awam belajar dari peristiwa ini dan rakyat negeri Pulau Pinang dapat menilai pentadbiran kerajaan bekas banduan ini. Timbul pula rasa pelik bagaimana rakyat negeri Pulau Pinang boleh menerima bekas banduan ini sebagai ketua menteri sedang di Melaka tanah tumpah darah bekas banduan ini beliau di tolak oleh kepimpinan DAP negeri Melaka. Berkemungkinankah DAP Pulau Pinang tidak mempunyai calon yang kompetan untuk menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri sehingga terpaksa menerima bekas banduan yang di tolak oleh DAP negeri Melaka sebagai ketua menteri.

Episod kroni inilah yang sedang berlaku dalam DAP bahkan kepada semua parti dalam pakatan pembangkang. Tragedi mengundurkan diri oleh presiden keadilan untuk memberikan laluan kepada suaminya bertanding dalam pilihanraya kecil permatang pauh menunjukan betapa tidak sensitifnya mereka yang menyebabkan negara terpaksa melakukan perbelanjaan pembaziran hanya kerana hendak menyerahkan kerusi empok kepada ahli keluarga mereka sehingga sanggup memperbodohkan rakyat keseluruhannya samaada pembayar cukai ataupun golongan miskin yang terpaksa menangggung beban atas keangkuhan mereka mewariskan harta rakyat ini di kalangan ahli keluarga mereka.

Sunday, January 10, 2010

SI KITOL MODEN

Selepas PRU12, Malaysia melalui pelbagai dugaan dan cabaran dalam mengekalkan keharmonian negara Malaysia. Persepsi dan isu yang cuba di bentuk menjurus kearah pengubahsuaian ataupun pembentukan perlembagaan baru Malaysia. Cabaran ini di bentuk oleh parti-parti pembangkang yang terdiri dari PKR,PAS dan DAP yang di pimpin oleh Anwar Ibrahim. Kerangka utama ini seolah-olah di lihat membawa kearah pembentukan budaya baru politik Malaysia yang akhirnya akan tertubuhlah sebuah negara Republik.

Isu utama yang di bawa selepas PRU12 adalah penghapusan DEB di mana mereka senada mengatakan bahawa DEB satu dasar yang tidak adil kerana hanya memberikan penumpuan dan pembelaan kepada masyarakat melayu dan bumiputra sahaja. Kalau kita lihat sejarah di mana DEB di bentuk setelah berlakunya peristiwa berdarah negara iaitu "peristiwa 13 Mei". Peristiwa ini terjadi kerana struktur yang di wariskan oleh penjajah yang bertujuan supaya Malaysia akan gagal untuk memastikan proses kemerdekaan negara berjalan dengan lancar kerana pada ketika itu komposisi masyarakat yang di bentuk orang Melayu di kampung. Orang India di Estet dan Orang cina di bandar. Kek ekonomi di pegang oleh orang cina melalui jalinan sebgai orang tengah yang menghubungkan di antara orang melayu dan syarikat besar inggeris maka orang melayu akan terus dengan pertanian tradisi sedangkan masyarakat cina membina keupayaan ekonomi yang di sediakan tapak oleh penjajah inggeris.
Kita sepatutnya berterima kasih kepada pemimpin-pemimpin terdahulu samaada peminpin Melayu melalui Umno, peminpin masyarakat cina melaui MCA dan pemimpin Masyarakat India melalui MIC yang menyedari struktur ekonomi yang salah akan membawa bencana dalam pembentukan negara Malaysia yang berbilang kaum atas semangat inilah DEB di tubuhkan untuk mengubah semula struktur ekonomi Masyarakat. Soalnya kenapa pada hari ini Anwar Ibrahim dan PR mahu mengubah struktur ini atas nama keadilan sedangkan DEB di tubuhkan untuk membawa keadilan di mana mereka yang lemah di bantu oleh mereka yang kuat?.

Isu yang ke 2 di bawa selepas PRU12 adalah isu ketuanan Melayu, bercakap soal ketuanan melayu bukanlah melibat di antara tuan dan hambanya tetapi ia berkisar tentang pengupayaan orang melayu sebagai bangsa yang mula mentadbir negara ini sejak sebelum zaman kesultanan Melayu Melaka dan orang melayu benar-benar berkorban dalam perkara ini kerana mengizinkan imigran cina dan india berkongsi negara bersama mereka walaupun perkara ini sebenarnya adalah masalah penjajah inggeris. Demi untuk mencapai kemerdekaan maka orang melayu sanggup memberikan kerakyatan kepada bukan melayu supaya Malaysia dapat di bina dari kekuatan ketiga-tiga kaum ini tapi malangnya Anwar Ibrahim dan PR tidak menghargai keharmonian ini dengan cuba memanaskan sentimen perkauaman di kalangan masyarakat. Apa motif sebenar perjuangan mereka kalau bukan untuk merampas kuasa dengan kaedah yang berbahaya di dalam masyarakat yang berbilang kaum seperti Malaysia. Di mana beliau mengetahui bahawa isu perpaduan masyarakat Malaysia boleh di lumpuhkan dengan mengenengahkan isu perkauaman di dalam masyarakat yang telah lama berjalan dengan baik. Kini sampai pula isu yang saya fikirkan kemuncak kepada proses meruntuhkan negara Malaysia oleh Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya.
Isu penggunaan nama Allah oleh penganut kristien boleh menyebabkan berlakunya pertelingkahan agama seperti mana terjadi di Ambon dan Maluku di Indonesia. Kita perlu sedar paderi Murpy Pakiam merupakkan sahabat baik Anwar Ibrahim dan peguam yang terlibat dalam isu ini juga merupakan ahli pkr dan menjadi penasihat undang-undang negeri Selangor. Soalnya kenapa isu ini di timbulkan oleh Anwar Ibrahim sedangkan beliaulah orangnya yang menentang penggunaan Nama Allah dalam Bible sewaktu menjadi menteri pertanian dahulu dan beliau jugalah yang bercakap tentang gerakan kristien di Malaysia tapi pada hari ini beliau menjadi penyokong no wahid penggunaan nama Allah oleh masyarakat kristien. Ini boleh di lihat bahawa Anwar sedang berusaha untuk membentuk persepsi masyarakat yang boleh menjerumuskan negara ke dalam keadaan huru-hara yang memungkinkan beliau memohon bantuan antarabangsa supaya campurtangan dalam urusan politik negara dan maka akan tercapailah hasrat beliau untuk menjadi perdana menteri dengan telunjuk antarabangsa.

Kesimpulannya setiap isu yang di bangkitkan kedalam masyarakat sebenarnya memang telah di rancang dan di susun sebegiturupa dengan harapan terutamanya generasi muda akan terpengaruh dengan perkara ini dan mengajar generasi muda kaedah-kaedah yang ganas dalam membentuk sebuah kerajaan. Kita sebagai generasi muda perlu ingat dan berhati-hati dengan permainan ini kerana ianya boleh menjurus kearah penjajahan semula bumi Malaysia angkara dari Anwar Ibrahim si kitol moden.