Friday, July 23, 2010

RETORIK ATAU REALITI PAS SEBAGAI ALTERNATIF MENGGANTIKAN UMNO SEBAGAI WADAH PERJUANGAN ORANG MELAYU

Negara Malaysia di bina berdasarkan Demokrasi berparlimen dan Raja berperlembagaan yang terbahagi kepada 3 perimbangan kuasa iaitu kuasa kehakiman, kuasa pentadbiran dan kuasa perundangan. Kuasa ini di berikan semula kepada rakyat dalam tempoh matang 5 tahun untuk di nilai semula setiap kerajaan yang di bentuk selepas pilihanraya.Proses pengundian di jalankan mengikut kawasan pilihanraya yang telah di gazetkan pada setiap kali pilihanraya di jalankan.

Sepanjang sejarah Malaysia, Kita telah melalui sebanyak 12 kali pilihanraya umum bagi membentuk sebuah kerajaan. Selepas PRU12 kerajaan yang di bentuk oleh Barisan Nasional merupakan sebuah kerajaan yang pertama kali tidak mempunyai majoriti 2/3 di dalam dewan rakyat. Walaupun kerajaan BN yang di bentuk tidak mempunyai majoriti 2/3 tetapi umno masih lagi mendominasikan kerajaan yang di bentuk oleh BN dan dalam dewan rakyat itu sendiri.

Kesan daripada pilihanraya ini orang melayu semakin berpecah menyebabkan kuasa orang melayu akan hilang sekiranya mereka gagal bersatu tetapi pada masa yang sama PAS mendakwa mereka menyediakan landasan untuk mengambil alih tugas UMNO sebagai wadah alternatif kepada perjuangan orang melayu.

Realitinya PAS tidak mampu untuk menjadi parti alternatif kepada perjuangan orang melayu kerana dalam sistem demokrasi jumlah bilangan kerusi yang di menangi akan membentuk kerajaan. Parlimen Malaysia mempunyai 222 kerusi untuk di tandingi oleh wakil parti dan menjadi wakil kepada rakyat untuk perdebatan isu dan pembelaaan terhadap rakyat. Jumlah ini di bahagikan mengikut komposisi kaum dan bumiputra mewakili 154 kerusi daripada keseluruhan yang di berikan dan pada masa yang sama UMNO di tawarkan sebanyak 117 kerusi oleh Barisan Nasional maka setiap kali pilihanraya umum UMNO menjadi dominasi dalam Barisan Nasional.

Malangnya PAS mengikut sejarah dari mula PAS di tubuhkan sehingga PRU12 tidak pernah bertanding lebih dari 60 kerusi dan selebihnya akan di berikan kepada parti dalam pakatan pembangkang yang lain. Hakikatnya sekiranya PAS memenangi semua kerusi yang di tanding sekalipun ia gagal untuk mendomonasi kuasa dalam pakatan pembangkang dan kerajaan yang di bentuk bukanlah kerajaan yang di dominasi oleh orang melayu/islam. Realitinya adakah Islam dan Melayu Mampu di bela kalau ia tidak mampu untuk berdiri sendiri secara bersendirian.

Kesimpulanya PAS tidak mampu untuk menjadi parti alternatif kepada orang melayu selama mana ia tidak mampu bertanding sebanyak mana kerusi yang di tandingi oleh UMNO dan sebagai rakyat kita perlu memikirkan secara objektif tentang perkara ini supaya kestabilan politik negara akan terus kekal dan negara dapat menuju kearah negara maju seperti di sasarkan dan yang paling utama, kuasa melayu akan terus kekal di bumi Malaysia kerana melayu mempunyai penduduk terbesar di negara ini yang memerlukan pembelaan kerana majoriti orang melayu masih di tahap berpendapatan sederhana dan miskin.

No comments:

Post a Comment