Thursday, February 3, 2011

1MALAYSIA DI DUN MERLIMAU














Semenjak semangat 1MALAYSIA di perkenalkan oleh Y.A.B Perdana Menteri ke bumi Malaysia semangat ini juga meresap ke akar umbi Dun Merlimau. Adakah mereka tahu kekentalan semangat ini menjadi benteng paling ampoh bagi menangani dakyah dan pembohongan yang akan di lakukan oleh pihak pembangkang kepada warga dun Merlimau.

Terdirinya tugu 1MALAYSIA di kg Ayer Merbau yang juga merupakan salah satu peti undi di dalam Dun Merlimau merupakan tanda bahawa masyarakat kg.Ayer Merbau menolak kehadiran puak-puak pembangkang ke kawasan mereka. Oleh yang demikian puak_puak pembangkang ini di harap janganlah sesekali membawa fitnah kepada mereka, kerana mereka telah mengamalkan semangat 1Malaysia ini semenjak sebelum merdeka lagi dan hidup dalam keadaan harmoni.

SELAMAT DATANG DAN SALAM PERJUANGAN

Selamat Datang Dan Salam Perjuangan
Pada kesempatan ini. Saya ingin mengucapkan selamat datang kepada semua yang terlibat dan akan terlibat menjayakan PRK N27 MERLIMAU. Setelah kita berjaya melaksanakan amalan proses demokrasi di PRK TENANG dengan jayanya walaupun terdapat beberapa insiden yang menimbulkan sedikit ketegangan.
Kini satu lagi cabaran baru yang akan meresapi minda masyarakat Malaysia khasnya warga Melaka khususnya warga Dun Merlimau kesan dari gerakan penggulingan presiden Mesir dari tahta politik. Pada hemat saya parti-parti dalam PR akan mengguna isu ini untuk memfitnah kerajaan untuk menimbulkan kemarahan rakyat bahawa kerajaan yang sediaada ini perlu di guling dengan proses demontrasi jalanan. Saya ingin menyeru warga di Dun Merlimau supaya berhati dengan dakyah dan pembohongan ini dan bersedialah dengan tekanan yang akan di berlaku menjelang pilihanraya itu nanti.
ZAIDI ATTAN. Ketua Pemuda BN Jasin.