Wednesday, December 16, 2009

EPISOD KEGAGALAN DEMOKRASI MALAYSIA

Pada minggu ini kita di kejutkan dengan satu lagi peristiwa yang memungkinkan sejarah hitam di lakarkan dalam politik Malaysia. Tragedi bilangan ahli parlimen yang hadir bagi meluluskan bajet pertama yang di bentangkan oleh Y.A.B Dato Sri Najib Tun Abd Razak sebagai perdana menteri hanya dihadiri oleh 129 orang ahli parlimen samaada pro kerajaan atau pembangkang dari 222 orang ahli parlimen. Sekiranya 58% dari kehadiran ini di ambil kira kualiti perbahasan dan ahli parlimen Malaysia hanyalah sekadar lulus. Kini timbul pula persoalan adakah Malaysia telah bersedia menuju kearah negara maju kerana kegagalan kepimpinan samaada kerajaan ataupun pembangkang memainkan peranan mencetus budaya baru rakyat Malaysia di atas kebertanggungjawaban keatas proses membina sebuah negara.

Samaada kita sebagai rakyat sedar atau tidak, Generasi muda sedang di wariskan satu keadaan di mana pembuat dasar Negara sedang menunjukan polimik politik yang membawa kearah kemunduran dan kehancuran dalam amalan demokrasi negara. Di pihak pro kerajaan dilihat seolah-olah ahli parlimen tidak berminat mendukung cita-cita kerajaan dan setelah perkara ini berlaku, wujud satu senario baru di mana proses mencari "kambing hitam" untuk di persalahkan. Di pihak pembangkang pula menunjukkan amalan yang tidak berhemah cuba di beri tempat dalam minda masyarakat di mana kaedah-kaedah menukar kerajaan secara tidak berhemah cuba di terjemahkan sebagai amalan dalam demokrasi dalam masyarakat Malaysia. Suara rakyat cuba di nafikan dengan kaedah-kaedah yang jijik dan menjengkilkan bagi generasi muda. Kegilaan untuk mendapatkan kuasa menghilangkan rasa tanggungjawab untuk membina negara tanpa memikirkan implikasi terhadap cadangan mengadakan "undi belah bahagi" yang menyebabkan negara melakukan pembaziran besar kerana perlu mengadakan pilihanraya semula akibat dari kegagalan meluluskan bajet.

Tahniah kepada Y.A.B DS Najib kerana merangka bajet yang berkualiti untuk kesejahteraan rakyat tetapi malangnya beliau dan timbalannya terpaksa berlari untuk meluluskan bajet tersebut. Perkara negatif ini terjadi hanya di sebabkan perkara asas yang gagal di fahami oleh seorang ahli parlimen. Ahli parlimen pada ketika penggal sidang berlangsung perlu hadir dengan komitmen dan disiplin untuk membawa suara rakyat yang telah di amanahkan kepada mereka. Saya amat bersetuju dengan kenyataan Y.A.B. DS Najib tiada alasan bagi ahli parlimen menyatakan ada program di kawasan kerana sebagai ahli parlimen sewaktu sidang sedang berlangsung pada setiap masa perlulah berada di parlimen.

Ahli parlimen pro kerajaan masih lagi tidak berubah sedangkan pucuk pimpinan telah pun memberikan amaran kepada mereka "berubah atau rebah" sindrom selesa ini masih tidak dapat di ubah sedangkan rakyat terutamanya generasi muda telah pun memberikan pengajaran kepada mereka dalam PRU12. Generasi muda sebenarnya mengharapkan perubahan kepada setiap ahli parlimen lebih bertanggungjawab terhadap tugas mereka kerana sebagai pewaris negara ini mereka berharapkan agar iklim politik negara menuju kearah peningkatan yang setanding negara maju dengan perbahasan yang bermutu dengan fakta yang jelas.Cadangan yang konkrit dengan pemikiran kreatif dan diluar kotak. Idea-idea pembaharuan bersesuaian dengan kehendak generasi baru perlulah di ketengahkan, Isu-isu perpaduan nasional, pembangunan dan pembahagian kek ekonomi yang seimbang perlu di tangani dengan tuntas yang menjadi agenda besar kerajaan perlulah di beri perhatian serius oleh semua ahli parlimen.

Ahli parlimen pembangkang pula sedang berusaha secara berterusan untuk mengambil alih kerajaan secara tidak profesional dan menafikan hak majoriti rakyat yang telah memberikan mandat kepada Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan. Bermula dengan usaha-usaha membeli ahli parlimen melompat parti sehinggalah peristiwa yang cuba di lakukan pada minggu ini. Ahli parlimen pembangkang tidak berusaha mengenengahkan idea-idea yang bernas untuk membina negara tetapi menumpukan usaha-usaha merampas kerajaan secara teknikal. Budaya yang di bentuk oleh ahli parlimen pembangkang ini amat berbahaya kepada sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen. Inilah budaya negatif yang cuba di bentuk oleh pembangkang yang boleh membawa negara menuju kehancuran dan menjadi tatapan generasi muda.

Episod kegagalan ahli parlimen ini seharusnya membuka minda masyarakat samaada mereka yang berada di puncak kuasa samaada di dalam parti pemerintah mahupun parti pembangkang ataupun rakyat biasa yang mempunyai parti ataupun tidak berparti bahawa generasi muda memandang serius perkara ini dan berharap perubahan dapat di laksankan secara berkesan supaya budaya pemikiran yang di bentuk kepada masyarakat benar-benar budaya baru yang menuju kearah negara maju menjelang 2020.

Wednesday, September 16, 2009

RINDUNYA KEPADA DATO' ONN JAAFAR


Dato Onn pernah bertugas sebagai Pegawai Daerah dalam pentadbiran penjajah British, tetapi kemudian berhenti kerana membantah dasar-dasar jajahan.

Pada 1 - 4 Mac 1946, 41 buah persatuan Melayu telah berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur untuk menghadiri Kongres Melayu pertama yang diadakan untuk menentang Malayan Union yang diperlihatkan sebagai ancaman terhadap hak istimewa orang Melayu dan kedudukan sultan-sultan Melayu. Hasil daripada mesyuarat ini, sebuah badan yang mewakili orang Melayu telah ditubuhkan ketika Kongres ketiga diadakan di Johor Bahru pada 1 Mei 1946. Disebabkan Dato Onn amat aktif dalam gerakan nasionalisme Melayu, kongres itu melantik beliau sebagai presiden pertama.

Pada 1 Oktober 1946, Datuk Onn dilantik menjadi Menteri Besar Johor. Tiga tahun kemudian, beliau meletakkan jawatan untuk menumpukan masanya kepada UMNO. Di bawah kepimpinannya, UMNO berjaya memaksa kerajaan British untuk membubarkan Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu dan memperketatkan syarat-syarat kerakyatan, serta memberi hak istimewa Melayu.

Datuk Onn kemudian berasa kecewa dengan apa yang beliau menganggap sebagai dasar-dasar perkauman UMNO, dan mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu, tanpa mengira kaum, dan nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Oleh sebab cadangan itu ditentangkan, Dato Onn meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 - 26 Ogos 1951.

Dato Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos, 1951. Malangnya, parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu. Pada tahun 1954, beliau meninggalkan parti itu untuk menubuhkan Parti Negara bagi tujuan bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955. Parti Negara menyekatkan keahlian bukan orang Melayu dalam satu percubaan untuk memperoleh sokongan daripada orang-orang Melayu. Walaupun demikian, partinya masih gagal mendapat sokongan dan tidak memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya itu. Bagaimanapun, Dato Onn masih berusaha untuk mendapatkan tempat dalam politik. Akhirnya, beliau berjaya mendapat satu kerusi di kawasan parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam Pilihan Raya Umum 1959 dengan bantuan parti PAS.

Dato Onn Jaafar mendirikan rumah tangga bersama Datin Halimah Hussein, dan salah seorang daripada anak mereka ialah Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn. Beliau meninggal dunia pada tahun 19 Januari 1962 dan dikebumikan di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor.