Tuesday, March 15, 2011

PRK DUN MERLIMAU DARI PERSPEKTIF LAIN (siri 1)

Prk Dun Merlimau telah beberapa minggu berlalu dan sepanjang tempoh selepas kematian Allahyarham YB Datuk Mohd Hidhir Abu Hassan kita dapat melihat banyak peristiwa yang melibat bukan sahaja ahli, pemimpin umno dan Barisan Nasional tetapi pengundi pada keseluruhannya.
Apabila berlaku sahaja kematian yb dengan tiba-tiba berlaku perubahaan sikap kepada semua pengundi dan bakal-bakal calon serta penyokong calon di dalam parlimen Jasin berkemungkinan juga pilihanraya kecil yang terjadi di tempat-tempat lain. Perubahan sikap juga terjadi kepada pegawai dan kakitangan agensi kerajaan. Tiba-tiba mereka berubah sikap dan tingkah laku menjadi lebih emosi dan sebagai pengundi, mereka merasakan nilai undi mereka amat berharga menyebabkan berlakunya proses "permintaan dan penawaran" yang amat tinggi sehingga mereka lupa tugas asasi mereka adalah memilih wakil rakyat untuk membahaskan dasar-dasar yang akan di buat oleh kerajaan negeri bagi menjaga kepentingan rakyat.
Maka terjadilah peristiwa!, bukan untuk mencari undi baru tapi mengekang daripada undi lari dari menyokong Barisan Nasional. Perkara inilah yang perlu di berikan perhatian pucuk pimpinan BN untuk memastikan BN mengembali majoriti 2/3 dalam PRU akan datang. Tahniah buat YB Roslan Datuk Ahmad.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, March 14, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

Pada malam ini terdetik menonton filem epik yang menjadi bualan di kalangan masyarakat dan tidak menghampakan bahawa filem ini di luar daripada kebiasaan filem-filem melayu. Kecantikan filem bukan terletak pada jalan cerita yang ringkas dan kemas di samping teknik perfileman yang luar dari kebiasaan filem melayu.
Pada pandangan saya yang lebih penting untuk di lihat dalam filem ini adalah perkara yang tersirat cuba di ketengahkan dalam filem ini. Epik yang memperlihat sejarah kekuatan orang melayu yang sentiasa menjadi pelindung dan penyatu kepada bangsa-bangsa besar di dunia sejak berkurun lamanya. Kelemahan orang melayu juga di ketengahkan dalam filem ini di mana perpecahan dan pertelingkahan sesama sendiri juga penyebab utama keruntuhan tamadun melayu sehingga di jajah lebih dari 450 tahun.
Filem ini amat sesuai untuk di tonton oleh generasi muda dan boleh di jadikan iktibar oleh semua bangsa bahawa tanah ini asalnya milik melayu tapi atas takdir itu, kita perlu berkongsi bumi ini bersama dan sebagai pewaris tanah bertuah ini kita perlu bulatkan tekad di mana bumi di pijak di situlah langit di junjung. Syabas KRU, Malaysia Boleh
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, March 13, 2011

DI ANTARA KUASA RAKYAT DAN PERMAINAN PEGUAM TERSOHOR

Hari ini negara di kejutkan dengan beberapa siri demontrasi di seluruh negara mendesak anuwar menyerahkan DNA sebagai tuntutan untuk mencari kebenaran yang ingin di ketahui oleh rakyat. Rakyat semakin hari semakin muak dengan permainan politik yang tidak berkesudahan tanpa memikirkan kepentingan negara dan pada hari ini rakyat bangkit mendesak dan menyatakan pendirian supaya mahkamah membuat pertimbangan supaya perkara ini di selesaikan segera. Kalau di Mesir rakyat bangkit menentang pemerintah yang di katakan zalim manakala di negara kita rakyat bangkit menentang pemimpin yang berbohong.
Rakyat juga sedang melihat permainan peguam-peguam tersohor yang merupakan pengerak utama parti pembangkang. Tambahan pula mereka terdiri daripada peguam bukan muslim yang melibatkan kes syarie seorang islam. Persoalan juga timbul kemana perginya hj Sulaiman Abdulah, Kamar Ainah Kamarulzaman dan Zulkifli Nordin yang menjadi peguam Anuwar dalam Kes terdahulu?. Inilah antara persoalan yang timbul di dalam fikiran rakyat yang ingin perkara ini menjadi kebenaran.
Kebenaran ini yang sedang di cari rakyat dan saya percaya sekiranya setelah Anuwar menyerah DNA nya dan di dapati DNA tersebut tidak sama dengan DNA yang ada di dalam dubur Saiful. Saya percaya rakyat akan bangkit mempertahankan Anuwar dan menentang segala kezaliman yang di lakukan terhadap Anuwar atas nama kebenaran. Anuwar perlu membuktikan perkara ini kepada rakyat tanpa berdolak-dalik lagi.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, March 9, 2011

Sukarnya Membuat Keputusan

Pengalaman sebagai pentadbir PBT memang sukar untuk di terjemah menjadi keadaan menang-menang. Pengalaman sebagai ketua dalam organisasi parti menuntut saya memusatkan pandangan untuk membina semangat keusahawanan kepada golongan muda dan belia. Semangat keusahawanan ini memang sukar untuk di bina terutama bagi masyarakat melayu kerana masyarakat melalui memang suka mengamalkan budaya makan gaji
Apabila kita berjaya melahir beberapa usahawan timbul persoalan baru di mana di sebabkan kekurangan modal maka di binalah pondok perniagaan mengikut kemampuan peniaga tersebut maka wujudlah keadaan di mana gerai yang di bina tidak mengikut kesesuaian plan dan berlakulah kesesakan di kawasan yang di pohon lesen di jalankan perniagaan. Kebiasaannya peniaga membina atau menggunakan bangunan milik sedia ada yang di ubahsuai untuk dijadikan tapak perniagaan.
Cabaran PBT menyediakan tapak perniagaan secara tuntas juga tidak dapat di laksanakan memandangkan peruntukan yang terhad. Inilah cabarannya dalam era Melaka menuju Negeri Maju membangunkan minda,kualiti dan semangat untuk bersama menyumbang kepada pembangunan negara dan semangat 1MALAYSIA.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, March 8, 2011

Sukarnya Mencari Kebenaran dan Keadilan

Pada hari ini tercipta satu lagi sejarah perundangan dalam proses pembuktian kes jenayah yang sukar di buktikan. Apabila mahkamah menolak bukti yang diambil tanpa kebenaran tertuduh. Walaupun di barat proses pengumpulan bukti di benarkan tanpa kebenaran tertuduh tapi tidak berlaku di dalam sistem kehakiman kita yang di warisi atau di rujuk kepada sistem kehakiman British.
Inilah kehebatan sistem kehakiman kita yang telus dan mengikut "rule of law" tapi perbicaraan masih berjalan banyak lagi bukti dan pembuktian yang perlu di buat dan saya percaya air mani yang telah berada di dalam dubur saiful pasti boleh di buktikan.
Kalau di lihat rakaman cctv pasti lelaki Y yang terlibat boleh di buktikan. Cuma alasan perbicaraan ini adalah hanya mencari keadilan dengan lunas undang-undang dunia ataupun kebenaran kerana Allah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ketua Pemuda Pas Melaka Tidak Menerima Hakikat Perubahan Minda Rakyat.

rtsp://v7.cache4.c.youtube.com/CjULENy73wIaLAkqp0ZXBC15XRMYJCAkFEIGbXYtcmltSARSB3Jlc3VsdHNg8dDr2aCCm7FNDA==/0/0/0/video.3gp
Apabila melihat semula blog ketua dewan pemuda pas negeri Melaka saudara Kamarudin Sidek yang bukan sahaja sahabat saya dari kecil, bahkan rakan sepermainan saya sewaktu mula mengenal dunia. Kenyataan prajudis beliau seperti beliau tidak kenal siapa saya dan keluarga saya sepertimana saya mengenali beliau dan keluarga beliau. Kenyataan Pemuda Jasin korup idea adalah tidak adil cuba lihat youtube yb goh leong san yang bercakap lebih adil terhadap YAB KM walaupun beliau bukanlah berpendidikan al azhar.
Anak muda ini, tiba-tiba menyentuh saya hanya kerana untuk mencari sokongan pengundi dari kalangan kakitangan kerajaan yang bersimpati dengan perjuangan mereka. Beliau mengatakan saya "membodek YAB Ketua Menteri Melaka".
Saya amat berharap saudara kamarudin sidek berpijaklah di bumi nyata. Katakanlah yang benar walaupun pahit, pasti anda akan di hormati dan janganlah ikut nik ajis yang berubah kenyataan mengikut suasana dan tempat, yang penting untuk mencari undi.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, March 7, 2011

Selamat Pulang Dan Jutaan Terima Kasih.

Salam, tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada semua jentera samaada peringkat cawangan, dun, bahagian, negeri di dalam negeri Melaka dan tidak lupa juga semua jentera negeri-negeri yang terlibat dalam menjayakan PRK N27 Merlimau. Usaha baik semualah yang dapat meyakinkan pengundi dun merlimau untuk kembali menyokong BN. Tahniah dan syabas juga saya ucapkan kepada pengundi dun merlimau kerana masih memberikan kepercayaan kepada BN untuk memimpin dun merlimau. Terima kasih juga saya kepada parti komponen di setiap peringkat kerana memberikan komitmen yang tinggi dalam PRK N27 dun merlimau ini. Syabas kepada semua terutamanya pengundi semoga momentum ini akan dapat membentuk keyakinan rakyat kearah gagasan 1Malaysia. Tahniah keatas kepimpinan YAB PM dan YAB TPM serta YAB KM Melaka. Hidup BN dan salam 1Malaysia. Ikhlas dari Zaidi Attan. KP Jasin.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Selamat Pulang Dan Jutaan Terima Kasih.

Salam, tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada semua jentera samaada peringkat cawangan, dun, bahagian, negeri di dalam negeri Melaka dan tidak lupa juga semua jentera negeri-negeri yang terlibat dalam menjayakan PRK N27 Merlimau. Usaha baik semualah yang dapat meyakinkan pengundi dun merlimau untuk kembali menyokong BN. Tahniah dan syabas juga saya ucapkan kepada pengundi dun merlimau kerana masih memberikan kepercayaan kepada BN untuk memimpin dun merlimau. Terima kasih juga saya kepada parti komponen di setiap peringkat kerana memberikan komitmen yang tinggi dalam PRK N27 dun merlimau ini. Syabas kepada semua terutamanya pengundi semoga momentum ini akan dapat membentuk keyakinan rakyat kearah gagasan 1Malaysia. Tahniah keatas kepimpinan YAB PM dan YAB TPM serta YAB KM Melaka. Hidup BN dan salam 1Malaysia
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.