Tuesday, March 15, 2011

PRK DUN MERLIMAU DARI PERSPEKTIF LAIN (siri 1)

Prk Dun Merlimau telah beberapa minggu berlalu dan sepanjang tempoh selepas kematian Allahyarham YB Datuk Mohd Hidhir Abu Hassan kita dapat melihat banyak peristiwa yang melibat bukan sahaja ahli, pemimpin umno dan Barisan Nasional tetapi pengundi pada keseluruhannya.
Apabila berlaku sahaja kematian yb dengan tiba-tiba berlaku perubahaan sikap kepada semua pengundi dan bakal-bakal calon serta penyokong calon di dalam parlimen Jasin berkemungkinan juga pilihanraya kecil yang terjadi di tempat-tempat lain. Perubahan sikap juga terjadi kepada pegawai dan kakitangan agensi kerajaan. Tiba-tiba mereka berubah sikap dan tingkah laku menjadi lebih emosi dan sebagai pengundi, mereka merasakan nilai undi mereka amat berharga menyebabkan berlakunya proses "permintaan dan penawaran" yang amat tinggi sehingga mereka lupa tugas asasi mereka adalah memilih wakil rakyat untuk membahaskan dasar-dasar yang akan di buat oleh kerajaan negeri bagi menjaga kepentingan rakyat.
Maka terjadilah peristiwa!, bukan untuk mencari undi baru tapi mengekang daripada undi lari dari menyokong Barisan Nasional. Perkara inilah yang perlu di berikan perhatian pucuk pimpinan BN untuk memastikan BN mengembali majoriti 2/3 dalam PRU akan datang. Tahniah buat YB Roslan Datuk Ahmad.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment