Sunday, May 22, 2011

SATU LAGI MALAPETAKA BAGI ORANG MELAYU

DAP Akan melancarkan suara "rocket kini" berbentuk online pada isnin ini, inilah kaedah yang paling halus yang di lakukan DAP untuk memaksimakan perpecahan pengundi melayu menjelang PRU13 yang di jangka  di adakan pada bila- bila masa setelah mencapai tempoh matangnya. DAP menyedari bahawa orang melayu telah di pecahkan mengikut pelbagai aliran pemikiran yang berbeza di mana UMNO dengan pemikiran sederhana, PAS dengan pemikiran extremis agama, PKR dengan pemikiran liberalnya sebagai pelengkap DAP membina aliran pemikiran sosialis di kalangan orang melayu tambahan pula satu kumpulan atas pagar yang tidak yang memberikan perhatian kepada proses pembentukan kuasa didalam sebuah negara  demokrasi. Dalam masa yang sama DAP memperkuatkan sentimen perkauman di kalangan pengundi cina dan membawa semangat cauvenis kepada bangsa cina. DAP semakin rakus pula membawa sentimen agama di kalangan masyarakat cina untuk mengoptimumkan kebimbangan masyarakat cina bahawa mereka di perlakukan tidak adil oleh kerajaan tanpa mengambil kira semangat perlembagaan yang di bina oleh pemimpin yang terdahulu yang telah terbukti dapat menjamin kemakmuran Dan keamanan negara ini lebih dari 50  tahun. Strategi-strategy yang di susun ini bukan hanya untuk menhadapi PRU 13 tetapi untuk memastikan bahawa DAP bukan hanya dapat memerintah beberapa negeri tetapi bertujuan juga untuk mengawal beberapa kerajaan negeri yang di mana diperuntukan di dalam undang-undang tubuh negeri bahawa menteri besar mestilah melayu Dan beragama Islam seperti negeri selangor Dan perak. Kawalan kerajaan ini di lakukan dengan memaksikan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri(EXCO) di kalangan mereka. Apabila berlakunya proses perbandaran di sebabkan oleh Pemba Hunan DAP menyedari perlu di ambil tindakan segera untuk memastikan proses pengambilalihan kerajaan pusat dapat di realisasikan.


Menurut pakar penyusun strategi parti DAP, Liew Chin Tong pula memberitahu undi orang muda kawasan bandar merupakan sokongan masa depan memandangkan 72 peratus rakyat Malaysia berusia 40 dan merangkumi separuh daripada pengundi yang layak.

Katanya, kira-kira 65 peratus penduduk negara ini tinggal di kawasan-kawasan bandar.

Zairil juga berkata, keseluruhan bahan disajikan dalam Bahasa Malaysia meskipun penulis dan penyumbangnya datang dari pelbagai latar belakang.

Bagaimanapun DAP tidak pasti sejauh mana impak langkah terbaru ini dari segi sokongan undi kelak.

Ketika spekulasi semakin kuat bahawa pilihan raya umum ke-13 akan dipanggil bila-bila masa, PR masih bekerja keras untuk mendapatkan balik pengundi-pengundi Melayu yang sudah mula beralih kepada pesaing mereka berbanding ketika pilihan raya umum 2008.

Bagaimanapun Wan Hamidi berkata, matlamat utama ialah mengetengahkan pandangan dan pendirian DAP dalam laman Bahasa Malaysia dan menjana debat di kalangan komuniti Melayu.

"Kami sepatutnya telah mengambil langkah ini sejak dulu lagi. Dengan (mempunyai) khalayak Melayu, kami tiada apa-apa untuk rugi dan boleh memperoleh banyak kelebihan," kata Zairil.

 Kini orang melayu di desak  dan tersepit untuk  membuat keputusan, dimana sebarang kesilapan membuat keputusan akan menggugat keamanan Dan kestabilan politik di negara ini. Sejarah telah membuktikan kesilapan ini di lakukan sebelum berlakunya peristiwa 13 mei 1969 yang kemuncaknya berlaku  rusuhan kaum di negara ini. Di sebabkan untuk menghindari Dari perkara ini berlaku atas dasar tanggungjawab kepada negara maka UMNO mengambil tindakan tidak popular dengan melamar PAS untuk bersatu kembali dengan UMNO. Perkara ini hanya Akan dapat di realisasikan sekiranya kedua-dua parti ini mengambil tindakan di mana" PAS jangan tamak Dan UMNO jangan pula kedekut" Demi untuk menyatukan semula orang melayu dan memastikan kestabilan politik di negara ini dapat dikekalkan untuk menjamin pembangunan negara dapat di teruskan dan kuasa ini dapat di wariskan kepada generasi Akan datang.


No comments:

Post a Comment