Saturday, May 28, 2011

SELAMAT BERSIDANG KEPADA SEMUA PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN JASIN

Pada Kesempatan ini saya mengucapkan selamat bersidang kepada semua perwakilan yang telah diberi mandat oleh ahli di peringkat cawangan. Semoga persidangan ini tidak hanya menjadi ritual yang di kehendaki oleh perlembagaan PARTI. Besar harapan Pemuda semoga persidangan ini dapat mempercepatkan anjakan tranformasi seperti mana yang di tuntut oleh pucuk pimpinan tertinggi. Terima kasih juga kepada pucuk pimpinan kerana telah memberi Kepercayaan kepada orang muda untuk bersama terlibat dan memberikan peluang kepada orang muda terlibat dalam membuat keputusan tentang dasar Dan halatuju negara. Sesungguh pendekatan yang di ambil parti adalah satu manifestasi yang menunjukan PARTI sedang melakukan tranformasi untuk mendengar Dan meneliti denyut nadi rakyat samaada dari golongan lama Dan golongan muda samaada lelaki Dan perempuan.

Dalam kontek Pemuda UMNO bahagian Jasin kami sedang meneliti Dan memerhatikan proses ini dilaksanakan Dan berharap pendekatan baru yang menarik dapat di wariskan kepada anak muda di Jasin supaya UMNO dilihat menarik Dan dinamik sesuai dengan tuntutan perubahan masa Dan zaman. Program tradisi membela rakyat perlu di segarkan kembali Dan di beri nafas baru untuk menyesuaikan tuntutan bahawa masyarakat hari ini lebih terbuka Dalam proses mendapatkan maklumat Dan daya fikir, minda masyarakat yang telah jauh berbeza.
Segala proses ini akan menentukan sokongan Rakyat menjelang PRU 13 nanti.

Persidangan ini juga di harap dapat mencetuskan idea-idea baru untuk memperkuatkan sokongan Rakyat kepada BN Dan dapat digarap kaedah Dan makanisma baru yang sesuai supaya Jasin terus kekal sebagai kubu kuat Dan menjadi simpanan tetap sokongan Rakyat kepada kerajaan. Selamat BERSIDANG, UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.

Ikhlas Dari
Zaidi Attan
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO
BAHAGIAN JASIN
Sent from my iPad

No comments:

Post a Comment